Sunday 11 October 2015

RPH Karya Agung Sastera

PEMARKAHAN


 



RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD KURSUS: KRB3063
NAMA KURSUS: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
Group UPSI30(A141PJJ)

Berdasarkan salah satu karya agung yang anda bicarakan dalam Soalan Tugasan A, bincangkan 2 (dua) aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana aspekberkenaan ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. diskusi, main peranan, simulasi, permainan bahasa, sosio-drama, bercerita dan aktiviti lain yang bersesuaian

TAJUK ESEI ILMIAH





DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
PUAN ROZIAH BINTI ABDUL LATIP
D20112055558

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A141PJJ
NAMA TUTOR E-LEARNING: Seri Lanang Jaya bin Haji Rohani 
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER, 2014



ISI KANDUNGAN.

BIL
KANDUNGAN
MUKA SURAT
01.
AKTIVITI PENERAPAN 1
RPH (BERCERITA)

3-5
02.
AKTIVITI PENERAPAN 2
RPH (LAKONAN)
6-8
03.
RUMUSAN
9
04.
BIBLIOGRAFI
10























1. AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA
            Antara  aktiviti  yang  dianggap  paling sesuai  digunakan  dalam  menerapkan  ciri  pemikiran (mesej dan  isi) dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 4 adalah aktiviti bercerita. Ini kerana, aktiviti bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa  kerana cerita  merupakan  sesuatu  aktiviti  yang  dapat  menarik  minat dan perhatian murid. Melalui aktiviti bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan  tatabahasa  dapat disampaikan. 
            Anne Pellowski  (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada  penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau frosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Berdasarkan kepada Novel Interlok dan ciri pemikiran karya agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran seperti berikut mengikut langkah-langkah yang telah dirancang dengan teliti mengikut tahap kesesuaian murid.

RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN HARIAN

LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi

Gambar:
“NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN”
Soalan:
1. Cuba teka apakah yang ada di tangan cikgu?

2. Buku ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat Malaysia dahulu?

1. Guru memaparkan buku novel kepada murid.

2. Guru dan murid bersoaljawab tentang gambar

3. Guru kaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini

BBM:
Gambar

NILAI;
Berhati-hati

Langkah 1

Teks
Novel Ranjau Sepanjang Jalan
1. Guru edar petikan dari teks Ranjau Sepanjang Jalan

2. Guru arah semua murid baca teks tersebut dengan jelas dan kuat


3. Seorang murid diminta untuk membaca teks tersebut dengan kuat dan jelas

BBM:
Teks Interlok

NILAI:
Berani


Langkah 2
Teks
Ranjau Sepanjang Jalan
1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai kandungan teks yang dibaca.

2. Guru meminta murid menceritakan kembali tentang isi cerita yang terdapat dalam teks tersebut mengikut apa yang mereka fahami.

BBM:
Teks Interlok

NILAI:
Berani
Yakin


Langkah 3
Lakonan:
Berdasarkan Teks Ranjau Sepanjang Jalan yang telah dibaca.



Watak:
Berdasarkan cerita teks Ranjau Sepanjang Jalan

1. Murid di arah membentuk 4 kumpulan .

2. Setiap kumpulan keluar ke hadapan kelas untuk menceritakan kembali cerita yang terkandung dalam teks dan melakonkan watak-watak yang terdapat di dalam cerita
3. Guru mengulas tentang dapatan dari lakonan murid tadi
BBM:

Petikan Teks

TEKNIK:
Bercerita
Sosio Drama


NILAI:
Yakin
Berani

Langkah 4
Penutup
Rumusan

1.Guru buat rumusan tentang akviti bercerita dan aktiviti lakonan yang dibuat oleh murid dan membuat peneguhan.

2. Guru menyerapkan nilai-nilai murni dari cerita dan lakonan yang dibuat oleh murid


BBM:
Petikan/ Teks
Ranjau Sepanjang Jalan

TEKNIK:
Bercerita
Lakonan

NILAI:
Nilai
Berani

           





Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk kepada rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti (set induksi) dengan menunjukkan buku “Novel Ranjau Sepanjang Jalan” sebagai lambang semangat keyakinan dan kesabaran di Malaysia pada masa itu. Penggunaan buku Novel yang sebenar adalah untuk menjana minda murid bagi mengaitkan isi pelajaran yang dipelajari pada masa itu. Contohnya: Isi cerita yang terdapat dalam Ranjau Sepanjang Jalan melambangkan ketabahan dan kesabaran masyarakat  di Malaysia.
            Aktiviti seterusnya mengagihkan salinan teks cerita dari petikan Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Petikan Novel Ranjau Sepanjang Jalan perlulah diringkaskan dan disesuaikan mengikut tahap potensi murid. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan, guru boleh meminta murid untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan yang kuat dan jelas serta dengan intonasi yang sesuai kemudian meminta seorang murid untuk membaca teks tersebut dengan bacaan yang jelas dan kuat mengikut intonasi yang betul. Langkah berikutnya, guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita, mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat memastikan kefahaman murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masing-masing.
Seterusnya, untuk memastikan murid memahami isi dan mesej yang ingin disampaikan, guru mengarahkan murid membentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan aktiviti bercerita dengan aktiviti sosio-drama dilakukan di hadapan kelas. Seterusnya setiap ketua kumpulan diminta untuk menceritakan kembali apa yang mereka cerita dan lakonkan tadi.
Tujuannya adalah untuk memastikan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan dan seterusnya murid lebih memahami mesej yang ingin disampaikan. Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid untuk memainkan watak seperti di dalam cerita novel Ranjau Sepanjang Jalan. Sepanjang aktiviti sosio-drama ini dijalankan, guru boleh menjadi sebagai pengantara bagi memastikan cerita yang disampaikan adalah betul dan tepat.
Di akhir langkah pengajaran ini, guru boleh membuat kesimpulan dengan memberikan pengajaran dan seterusnya rumusan kepada cerita tersebut dimana isi dan mesej yang sebenar yang ingin pengarang sampaikan melalui Novel Ranjau Sepanjang Jalan.



2. AKTIVITI PENERAPAN KEDUA
            Untuk penerapan yang kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam menerapkan ciri nilai budaya dan pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga.
            Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan, 1990 : 85). Selain itu, aktiviti  perbincangan  juga melibatkan  interaksi dua hala antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih berpusatkan kepada murid iaitu murid  berbincangan  antara satu dengan lain, berkongsi maklumat dan memberi serta menerima  pendapat  untuk  mendapatkan  satu  persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan lagi, aktiviti perbincangan juga adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid  di bawah  penyelian dan kawalan seorang guru. 
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan melihat kepada rancangan pengajaran yang telah dirancangan beberapa langkah yang sesuai


AKTIVIT RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
Gambar:
“Amalan Gotong Royong”
1. Guru pamer gambar di papan putih.
2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai gambar
3. Guru mengaitkannya dengan isi pelajaran
BBM:
Gambar

NILAI:
Tolong- Menolong
Kerjasama
Langkah 1
Teks:
Teks Ranjau Sepanjang Jalan
1. Murid membaca teks secara senyap.
2. Murid membaca teks secara kuat dan jelas mengikut intonasi yang betul
3. Berdasarkan teks guru bersoaljawab dengan murid tentang budaya dan pandangan hidup yang terdapat dalam teks.
4. Murid diarah menyenaraikan nilai-nilai yang terdapat dalam teks
5. Murid menyebut nilai-nilai yang mereka senarai secara beramai-ramai dengan jelas.
BBM:
Teks Ranjau Sepanjang Jalan

Nilai:
Berani
Yakin

TEKNIK:
Perbincangan
Soaljawab
Langkah 2
Nilai
·         Kerjasama
·         Kasih sayang
·         Kepercayaan Kepada Tuhan
·         Usaha
·         Tawakkal
1. Guru menerangkan tentang nilai yang telah disenaraikan oleh murid secara ringkas.
2. Murid membentuk 5 kumpulan yang mewakili 5 nilai yang disenaraikan.
3. Murid berbincang tentang nilai yang telah dibahagikan oleh guru pada setiap kumpulan




BBM:
Teks Ranjau Sepanjang Jalan

NILAI:
Berani
Yakin
Langkah 3

Nilai
·         Kerjasama (Kump. 1)
·         Kasih sayang (Kump. 2)
·         Sabar
·          (Kump. 3)
·         Usaha
( Kump. 4)
·         Tawakkal
(Kump 5)
1. Setiap kumpulan di arah untuk berada di hadapan kelas.
2. Setiap kumpulan hendaklah membentangkan dan membincangkan tentang kekuatan nilai yang mereka perolehi berdasarkan teks
3. Guru jadi fasilitator.
BBM:
Teks Interlok

TEKNIK:
Perbincangan




NILAI:
Kerjasama
Berani
Yakin

Langkah 4
Penutup
Rumusan
1. Guru membuat rumusan dan kesimpulan di atas perbincangan murid

2. Murid dikehendaki menyebut nilai-nilai murni yang mereka perolehi dalam aktiviti kumpulan secara beramai-ramai.

BBM:
Interlok

NILAI:
Berani
Yakin

Teknik:
Perbincangan



           
Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti set induksi. Set Induksi merupakan salah satu aktiviti di mana murid perlu dijana mindanya oleh guru sama ada aktiviti itu berdasarkan pengetahuan sedia ada atau pengalaman yang ada pada mereka sendiri. Aktiviti ini adalah untuk mengaitkan isi pelajaran yang dipelajari.       
            Langkah seterusnya  adalah aktiviti bersoal jawab dengan murid. Guru  hendaklah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab yang dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri budaya dan pandangan hidup di dalam petikan Ranjau Sepanjang Jalan. Setelah itu, guru dan murid  akan berbincang tentang nilai yang didapati dalam petikan tersebut dan kemudian guru meminta murid menyenaraikan seberapa banyak lagi nilai yang ada di dalam petikan dan menyebut nilai-nilai itu dengan kuat dan jelas di dalam kelas. Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba sedikit tentang nilai utama yang telah dipilih. Berdasarkan nilai itu guru memperjelaskan tentang apa yang perlu dilakukan. Seterusnya, guru akan membahagikan murid kepada lima kumpulan untuk membincangkan nilai budaya dan pandangan hidup yang telah guru pilih dengan lebih jelas lagi. 
            Setiap kumpulan akan diberi satu nilai untuk  dibincangkan kekuatannya di dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 sehingga 20 minit untuk murid berbincang  dengan ahli kumpulan di bawah kawalan guru. Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk membincangkan nilai yang telah diberi dengan kumpulan lain. Setiap  kumpulan  akan  membincangkan  nilai tersebut serta kekuatannya  berbanding  dengan  nilai  yang diperolehi  kumpulan  yang lain.
            Di dalam aktiviti ini, guru membenarkan  murid  lain untuk  bertanyakan  soalan  sekiranya  terdapat kelemahan atau pun kekuatan di dalam nilai yang dibincangkan.  Dan pada akhir langkah  ini setiap kumpulan di kehendaki membincangkan nilai-nilai yang telah diberi berdasarkan pendapat masing-masing dan akan diberi bimbingan oleh guru, seterusnya guru akan bertindak untuk membuat rumusan  yang sangat sesuai dengan nilai yang telah dipilih.






RUMUSAN
            Melalui aktiviti yang dirancang oleh guru, jelas sekali kita dapat melihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih, sedikit sebanyak dapat mendedahkan  kepada  murid-murid akan kekuatan nilai sesebuah karya yang pilih oleh guru seperti dari Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Jesteru dapat membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak mencari isi-isi yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberikan. Selain itu juga, melalui  aktiviti  yang dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keberkesanan dan keseronokan murid di dalam pengajaran yang disampaikan. Tambahan pula, untuk  mengharapkan  murid  menghayati keseluruhan isi cerita adalah satu perkara yang mustahil memandangkan Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini mempunyai aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid yang tidak sesuai bagi murid-murid sekolah rendah.






























BIBLIOGRAFI.

1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah,  
    Dr.Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan    
    Karya Agung. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia.      
    Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
    Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd4. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir   
    (2011).
 4. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd Ezani  
     Yusoff (Bob), “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran”
 5.  http://bobezani.tripod.com/teknik.htm Muat turun;15.09.2014



           



No comments:

Post a Comment