Sunday 11 October 2015

Regatta Lepa 2015












Pemikiran Dan Pandangan Hidup Dalam Dalam Novel Tan Seri Lanang

PEMARKAHAN


 



RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD KURSUS: KRB3063
NAMA KURSUS: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
Group UPSI30(A141PJJ)
TAJUK ESEI ILMIAH

Dengan memilih sama ada karya “Sulalatus Salatin” (Sejarah Melayu) karya Tan Seri Lanang atau “Ranjau Sepanjang Jalan” (karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad), bincangkan kebenaran pernyataan di atas berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
a) Pemikiran
b) Kepangarangan
c) Pandangan Hidup
 






DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
PUAN ROZIAH BINTI ABDUL LATIP
D20112055558

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A141PJJ
NAMA TUTOR E-LEARNING: Seri Lanang Jaya bin Haji Rohani 
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER, 2014



ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
MUKA SURAT
01.
ABSTRAK
KARYA AGUNG MELAYU
3
02.
SINOPSIS NOVEL INTERLOK
4-5
03.
FALSAFAH
6-7
04.
PANDANGAN HIDUP
8
05.
NILAI
9
06.
BIBLIOGRAFI
10























1. ABSTRAK
Apabila dikaitkan dengan karya, pastinya berbentuk tulisan yang menjadi tonggak keintelektualan sesuatu bangsa. Melalui tulisan sahaja, dapat dikenal segala maklumat yang berdekam di dalamnya, yang menggambarkan kehebatan bangsa tersebut.
Melalui tulisan ini, dapat dikenal keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap. Karya agung dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bangsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa, sebagaimana kita mengenal ketamadunan Greek, Yunani, Cina , India dan Mesir. Daripada hasil karya mereka inilah dapat dikenal  seniman yang menghasilkan karya agung tersebut melalui karya mereka..

2. KARYA AGUNG MELAYU
Menurut Yayasan Karyawan (2000), karya Agung Melayu pula ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala bagi melambangkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini. Mohd. Rashid Md Idris et al., (2013:3) menyatakan bahawa, Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan seperti pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa  dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada di Semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Aceh, Bugis, Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.









3. SINOPSIS KARYA AGUNG NOVEL INTERLOK
Buku Satu – Keluarga Seman Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan.  Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar.  Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan  bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.
Buku Dua – Keluarga Cing Huat Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini  menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.
Buku Tiga – Keluarga Maniam Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

Buku Empat – Interlok Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah. Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi. Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak Limah. Harga barang semakin meningkat mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong pendudukan Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Kemudian kumpulan Kong Beng menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin bertambah matang. Orang Melayu turut menentang penubuhan Malayan Union dan akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
5. FALSAFAH
            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:406), falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani philosophia, iaitu philo ertinya cinta dan sophiaertinya hikmat (Mohd. Rashid Md Idris, 2012:1). Cinta kepada ilmu dan kebenaran adalah falsafah.  Hal ini bermaksud falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan mendapatkan kebenaran. Tegasnya, ‘berfalsafah’ ialah mencari kebenaran  dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat (Mohd. Rashid Md. Idris et al., 2013: 149). Falsafah menuntun seseorang mencari kebenaran dalam setiap masalah. Ertinya, falsafah secara mudah dapat diinterprestasikan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Mana Sikana (1996) membahagikan bidang falsafah kepada enam jenis, iaitu ilmu teologi, ilmu etika, ilmu estetika, ilmu mantik, ilmu metafizika dan ilmu kosmologi.

5.1: FALSAFAH DALAM NOVEL INTERLOK
Novel ini sarat dengan tema perpaduan antara tiga kaum yang melalui pelbagai cabaran untuk mendirikan sebuah negara yang bebas dan bermaruah. Hakikatnya, kedatangan buruh India dari selatan benua kecil itu memang ada benarnya. British membawa masuk buruh kasta rendah ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani dan Sistem Kontrak.

Penulis Interlok mendefinisi Melayu, China dan India dengan mengambil kira faktor indigenous, tanah asal orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu (kemudian Malaysia), juga sistem sosial yang ketara dan telah turun temurun dalam tamadun bangsa mereka – termasuk clan dan kasta. Penulis Interlok menggunakan definisi yang telah lama tercatat dalam buku-buku kajian budaya dan strata sosial mereka. Suatu definisi yang telah diterima umum kerana berakar pada realiti kebudayaan turun temurun.

5.1.1. Falsafah Tentang Kesedaran Politik Masyarakat Berbilang Kaum.
Lazim dan rakan-rakannya membentuk kumpulan menentang Malayan Union demi menjaga maruah orang Melayu. Kim Lock juga menyertai persatuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina, manakala Raman juga berusaha untuk menyatukan kaum India di negara yang baru merdeka itu.

     


5.1.2. Falsafah Semangat Patriotisme Yang Kuat Dalam Kalangan Masyarakat Imigran.
      Kim Lock dan Maniam masing-masing berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak mereka tidak lupa aan asal-usul bahasa ibunda mereka.

5.1.3. Falsafah Penghijrahan
Watak berhijrah untuk mengubah hidup.Kim Lock dan Maniam berhijrah dari negara asal masing-masing, iaitu China dan India ke Tanah Melayu untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka.

5.1.4. Falsafah Sifat Suka Memfitnah Dalam Masyarakat
      Suppiah memfitnah Maniam sehingga rumah tangga Maniam dan Malini hancur. Maniam pula dihalau dari ladang tempat dia bekerja.

      5.1.5. Falsafah Kasih Sayang Ibu Bapa Yang Mendalam Terhadap Anak-Anak
      Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat, Pak Musa sangat menyayangi Seman, dan Maniam sangat rindu dan sayang pada anaknya walaupun dia tidak pernah melihatnya. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka.












6. PANDANGAN HIDUP DALAM NOVEL INTERLOK
Setiap manusia mempunyai pandangan hidup. Pandangan hidup itu bersifat kodrati. Karena itu ia menentukan masa depan seseorang. Untuk itu perlu dijelaskan pula apa arti pandangan hidup. Pandangan hidup artinya pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan, petunjuk hidup di dunia. Pendapat atau pertimbangan itu merupakan hasil pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.

Sifat hormat-menghormati, tolenrasi, kerjasama, tolong-menolong dan sifat-sifat murni yang lain di kalangan masyarakat kita yang berbagai kaum, agama, bahasa dan budaya hanya boleh dicapai jika mereka diberikan hak demokrasi yang sama serta kekayaan negara dipergunakan untuk pembangunan keperluan dan kebajikan semua golongan masyarakat sama ada majoriti atau minoriti tanpa sebarang prasangka. Ini tidak boleh dilakukan oleh parti-parti politik yang berlandaskan kepada kelas kapitalis dan bersifat perkauman yang tidak mempunyai agenda untuk menyelesaikan isu-isu sosial dan ekonomi masyarakat Malaysia. Interlok sekali lagi ‘membuka pekung di dada’ sistem kapitalisma negara ini yang terus mempergunakan perkauman untuk terus ‘pecah dan perintah’ masyarakat Malaysia. Hanya melalui pengukuhan kelas pekerja dan golongan tentindas yang lain, satu sistem demokrasi tulen dapat dibina untuk kesejahteraan setiap lapisan masyarakat tanpa sebarang prasangka perkauman.  Ini seterusnya akan mencetuskan dan membina sebuah masyarakat yang matang yang mana boleh mengkritik atau berhujah tanpa sebarang sentimen atau prasangka di antara satu sama lain.     
Bagi generasi muda, penghayatan kisah novel Interlok membantu mereka memahami keadaan perit jerih generasi terdahulu yang hidup pada zaman peperangan. Zaman penjajahan yang penuh penderitaan khususnya kepada golongan marhaen, turut digambarkan secara jelas. Fitnah Suppiah terhadap Maniam dan Malini menjadikan sebuah keluarga berpecah belah. Kasih sayang anak dan bapa, seperti digambarkan oleh watak Seman, Ching Huat dan Kim Lock turut diketengahkan oleh SN Abdullah
Percampuran kaum yang baharu dan  riuh ini mengundang persoalan ‘perpaduan’ atau integrasi, kerana negara tidak mungkin bergerak dengan tenang dan maju ke hadapan dalam pelbagai sektor kehidupan, jika aspek integrasi antara kaum diabaikan umpamanya yang terlihat dalam  Interlok (Abdullah Hussain). 


7. NILAI DALAM NOVEL INTERLOK
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat.
7.1. Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.

7.2. Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha.
7.3. Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek kerjasama dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan Maniam dan Musa.

7.4. Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal dunia. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.
7.5. Rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum, berpeluang memajukan diri sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
7.6. Semangat kerjasama anatara kaum dan cintakan negara ditonjolkan sepanjang perjalanan cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan. 

(2000 patah perkataaN)
BIBLIOGRAFI
Berita Harian, 16 Disember 2011. Dicapai pada 17 Disember 2011