Sunday 11 October 2015

Isu Kotemporari Dalam Pendidikan Matematik

 









KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1

ISU-ISU KOTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK



KUMPULAN

UPSI102142PJJ

DISEDIAKAN OLEH

NAMA
ROZIAH BINTI ABDUL LATIP
NOMBOR ID
D20112055558
NOMBOR TELEFON
0142825055



NAMA TUTOR E-LEARNING:  PROF DR NOOR SHAH


TARIKH SERAH: 29 MAC, 2015




ISI KANDUNGAN



Bil.

Perkara

Muka Surat


01.

Pengenalan

3-4


02.

Apakah  Matematik

5


03.

Keperluan Perubahan Dalam Matemati

6


04.

Maksud Isu Kotemporari

7


05.

Isu Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Matematik

8-17



06.

Rujukan

18






















1. Pengenalan

Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah penggubalan Kurikulum Sekolah Bestari yang telah mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Anjakan paradigma ini telah menjadikan teknologi satu “cornerstone” penting bagi pendidikan.

.Sesiapapun pendidik atau ahli-ahli akademik tentu mereka sering mengikuti isu-isu kontemporari dalam pendidikan. Apakah kita sudah arif tentang maksud isu  ini?. Dalam ruang lingkup pendidikan, istilah “isu” mempunyai beberapa makna, antaranya adalah seperti berikut:
§     Sesuatu yang memerlukan penyelesaian:
§     Perkara yang dipertikaikan oleh pihak yang berbeza pendapat;
§     Masalah, persoalan, atau masalah yang memerlukan penyelesaian;
§     Keadaan, perkara, topic atau masalah yang memerlukan penyelesaian;
§     Perkara pokok yang dipersoalkan dan memerlukan resolusi; dan
§     Masalah yang berpunca daripada perbezaan pendapat yang berasaskan system nilai berbeza yang menghasilkan cara berbeza untuk melakukan perkara tertentu.

Secara realitinya, isu pendidikan melibatkan keperluan, keprihatinan atau kebimbangan manusia semasa mengurus perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mengikut Nik Aziz Nik Pa (2008), isu pendidikan merupakan idea, perkara, atau topic tersebut. Menurutnya lagi, sesuatu isu wujud apabila kumpulan rang yang mengalami kesan polisi pendidikan yang tertentu mempunyai nilai pertimbangan yang berbeza tentang apa yang sepatutnya berlaku.




























2. Apakah Matematik?
Bagi kebanyakkan orang, persoalan apakah itu Matematik adalah persoalan yang selalu cuba dielakkan kerana mencari jawabannya adalah satu usaha yang rumit.  Ini tidak bermakna bahawa soalan ini tidak penting, tetapi adalah persoalan ini amat sulit untuk dijawab dan jawaban diperolehi sekalipun ia akan lebih berbentuk “cyclic”. Walau bagaimanapun sebagai pendidik yang memiliki ilmu harus meneliti dan memberi penjelasan kepada persoalan “apakah itu matematik” kerana terdapat 3 sebab iaitu:
1. Kebanyakkan orang yang bukan pakar matematik seperti pakar sosiologi, pskilogi, pentadbir sekolah termasuk kadang kala guru matematik serta orang awam ada umumnya menganggap matematik sebagai disiplin yang static dan terhad kepada proses mengira seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku aktiviti sekolah sahaja.
2. Kebelakangan ini timbul kesedaran di kalangan ahli pendidikan matematik tentang pentingnya untuk memberi gambaran yang baik dan lengkap mengenai matematik dan apakah sebenarnya yang dilakukan oleh seseorang ahli matematik. Usaha ini adalah bertujuan untuk mempopularkan matematik kepada masyarakat yang lebih luas. Lantas matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan satu pemikiran baru mengenai matematik dan ciri-ciri keunikkannya serta kegunaannya dapat dihayati oleh masyarakat umum.
3. Matematik boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan pelbagai prespektif. Seseorang itu boleh mentakrifkan matematik sebagai permaisuri bagi sains (Bell, 1978) atau sebagai bentuk bahasa, mempunyai struktur mantik yang tertentu, sebagai satu bidang ilmu untuk memahami nombor dan ruang, sebagai satu siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu, atau sebagai satu aktiviti intelek yang memberangsangkan (Kline, 1962).






3. Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik
                    Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah:
  • pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan ide-ide baru yang canggih,
  • ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru,
  • perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif,
  • pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka,
  • perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.
Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik telah membawa pembelajaran matematik melampaui batasan pembelajaran kemahiran sahaja dan juga telah menimbulkan keperluan dalam merombak semula perhubungan konsep serta konseptual dengan pengajaran pembelajaran matematik.



4. Maksud Isu Kontemporari.
Dalam bidang pendidikan, isu pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Isu Kontemporari,
Isu Sedang Muncul dan Isu Futuristik. Antara ketiga-tiga isu ini, Isu Kontemporari merupakan isu yang mendapat perhatian luas kerana ia memerlukan isu yang perlu ditangani dengan segera. Isu kontemporari merujuk kepada isu semasa atau isu masa kini. Isu ini selalunya mendapat perhatian dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Tindakan perlu diambil dengan segera demi untuk menangani isu tersebut Contohnya, isu Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).






















5. Isu Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Matematik

Di Malaysia isu-isu dalam pendidikan matematik boleh dikategorikan kepada beberapa komponen, antaranya isu tentang pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan penyelidikan. Lantaran itu, isu dalam pendidikan boleh membabitkan satu atau lebih kompenan, dan dalam sebarang bidang pengajian termasuk pendidikan matematik, pengetahuan manusia tidak berbentuk lengkap dan terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani serta perhatian perlu diberikan kepada kekurangan dalam pengetahuan dan masalah yang belum diselesaikan dengan persoalan yang releven dan kemudiannya berusaha mencari jawapan melalui penyelidikan yang sistematik.
Sebagai contoh ialah isu pengajaran pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dunia hari ini semakin berkembang maju dalam pengaplikasian ICT, perkembangan ini turut mempengaruhi Malaysia yang semakin pesat dari segi penerokaan ICT dalam kehidupan masyarakatnya. ICT merujuk kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam semua aspek sama ada dari sudut ekonomi, social, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Anjakan perubahan dalam pendidikan di Malaysia melalui rangkaian teknologi maklumat sudah tentu memberi impak yang besar terhadap kreadibiliti para guru kerana guru bukan lagi menjadi agen penyampai ilmu pengetahuan akan tetapi berperanan sebagai perancang, tutor dan pemudahcara serta penilai terhadap input pembelajaran murid. Kepesatan perkembangan ICT turut menyaksikan murid akan mempunyai ramai guru selain guru di sekolah. Mengapa ia dikatakan begitu?, ini adalah kerana murid boleh belajar di rumah atau di mana-mana sahaja  melalui internet.

Hari ini kita tidak dapat menafikan lagi, para guru perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan masa. Anjakan perubahan yang dilakukan itu akan menghadapi isu dan impak negative  yang perlu di hadapi dan diselesaikan bersama. Walaubagaimanapun, pengaplikasian ICT telah menimbulkan masalah terhadap pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk mengatasi permasalahan ini.

Bila diteliti secara mendalam di sini kita lihat bagaimana guru dan institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada murid dilaksanakan melalui penyerapan dan penghayatan nilai-nilai moral, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip hidup dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikkan kepada alam sejagat dan kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cabaran. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan computer. Namun sejak perlaksanaannya timbul pelbagai isu dan cabaran dalam perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah terutamanya dalam isu PPSMI.

Mohd Nor Bakar dan Rashita A. Hadi (2011) berkata,  daripada kajian yang telah dijalankan adalah didapati para guru jarang sekali menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ICT dan masih mengamalkan pengajaran tradisional. Isu ini timbul kerana factor guru kurang mahir dalam ICT, kekurangan computer, gangguan talian internet, masalah teknikal dan sebagainya. Impaknya pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan ICT tidak berjalan seperti yang disasarkan.

Pada masa kini, masalah utama yang wujud adalah dari para pendidik itu sendiri. Generasi yang wujud sebelum era 1970an, adalah generasi yang kurang pandai dan cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat jauh berbeza dengan generasi yang era 1990an yang lebih cekap dan berpengetahuan luas dalam ICT. Masih terdapat ramai guru yang tidak berkeupayaan menggunakan computer untuk memasukkan data, masih tidak boleh menggunakan Microsoft Word untuk menaip surat rasmi apatah lagi membuat bahan bantu mengajar melalui computer. Perkara inilah yang menjadi kegagalan PPSMI dilaksanakan di sekolah dan penggunaan ICT  dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Walau bagaimanapuna, dalam hal ini guru hendaklah memandang ke hadapan dan perlu sentiasa proaktif agar  berusaha memahirkan diri dalam  bidang komputar selaras dengan perkembangan semasa.



Jesteru itu, KPM telah mengambil langkah dengan memberi latihan intensif kepada semua guru menerusi program dan kursus khas yang ditawarkan. Melalui latihan dalam perkhidmatan (LDP), gutu-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti perisian Microsoft words dan Mocrosof Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya oleh pakar-pakar ICT.
Dapatan kajian oleh Abd. Razak dan Saidanorlaili Ali (2011) menunjukkan kebanyakkan para guru telah mengikuti kursus berkaitan Pengendalian Courseware seperti Kursus Oreintasi Kurikulum Sains dan Matematik, latihan profisiensi Bahasa Inggeris melalui kursus 2 Days On-Site dan 5 Days Full Immersion dan latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD. Kursus ini sangat membantu para guru dalam penggunaan courseware. Namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi para guru seperti pengendalian peralatan ICT dan pengajaran Matematik sukar diikuti oleh murid-murid kerana kandungan courseware yang tidak mesra pengguna. Kesimpulannya kebanyakkannya guru yang menggunakan courseware tetapi tahap penggunaannya adalah sederhana.

Selain itu juga, penggunaan ICT dalam pdp di Malaysia meluasan lagi jurang perbezaan di antara murid Bandar dan murid luar Bandar. Murid di luar Bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini, menyebabkan kesulitan pada pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pdp. Tambahan pula kebimbangan pihak sekolah terhadap murid kerana mereka boleh melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pdp seperti games, laman social Facebook dan Myspace, freindster, pautan-pautan yang berkaitan dengan seks  dan sebagainya. Penyalahgunaan ini boleh menimbulkan jenayah dan seks bebas di kalangan murid-murid sekolah.

Berdasarkan isu-isu dan masalah yang berlaku di kalangan guru dalam melaksanakan ICT dalam pdp, di sekolah, sudah pastilah pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam pembudayaan ICT di kalangan warga sekolah. Menurut Mohd Izham dan Noorazah (2009) berpendapat bahawa segala perubahan sekolah terutamanya tentang perlaksanaan ICT perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir selaku pemimpin perlu merangka dan merancang perubahan budaya yang positif dan teknologi yang berasaskan ICT.
 Namun hakikatnya terdapat pihak pentadbir yang bersikaf negatife terhadap perlaksanaan ini. Mereka bersikap lepas tangan dan kurang memberi sokongan terhadap guru dalam penggunaan ICT. Pentadbir masih berada ditakuk lama kerana masih mengamalkan kaedah tradisional serta tidak membudayakan ICT dalam pdp. Kesannya, perlaksanaan ICT merosot penggunaannya di kalangan guru. Apa yang lebih mengecewakan lagi, ada pihak pentadbir yang tidak memberi kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses pdp. Adakalanya kritikan dan sindiran yang dilontarkan oleh para pentadbir serta memperlekehkan usaha guru dalam menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT. Impaknya terhadap emosi dan persepsi guru, impian dan usaha guru-guru terjejas dan seterusnya guru tidak lagi menitikberatkan penggunaan ICT dalam pdp mereka di bilik darjah.

Di dalam membudayakan ICT di sekolah, sudah pasti pentadbir harus bertanggungjawab dalam menjayakan perlaksanaannya. Berikut adalah adalah strategi yang boleh dipraktikan oleh semua sekolah:
1. Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2.  Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh Negara
3.  Mewajibkan bakal guru di university mengambil dua atau tiga kertas berkaitan computer sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional
4. Mengwujudkan sikap positif jangka panjan guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsic
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakkan ICT
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan instruksional berbanding pedagogi.

Pencarian maklumat melalui internet adalah asset yang dapat menjayakan pendidikan masa depan. Kekurangan dan kelemahan bahan prasarana dan bahan sokongan bagi meningkatkan literasi computer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT Negara pada abad ke 21. Era ini merupakan era teknologi maklumat yang memerlukan system pendidikan Negara menggubal maklumat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda dan pelapis Negara celik dan mahir computer dan IT. Cabaran besar yang perlu ditangani adalah kemampuan untuk menyediakan kemudahan computer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan computer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, social, kaum dan sebagainya. Cabaran masa kini akan datang dalam sector pendidikan adalah penyediaan prasarana computer yang lengkap untuk kaedah pdp tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan akses internet sahaja tidak akan menjamin keberkesanan pdp secara online. Bukan setakat penyediaan prasarana seperti computer, makmal computer, talian internet mahupun servernya, tetapi juga perkhidmatan pembaik pulih juga perlu dititikberatkan. Jika diberi tanggungjawab kepada guru ICT, sememangnya tiada kesudahannya kerana pengantian perkakasannya adalah sukar untuk disediakan oleh guru tersebut, malahan sekolah juga tidak mampu berbuat demikian.

Jangka hayat sesebuah computer bukanlah selamanya tetapi ada had tertentu sahaja. Jurang ICT dan digital dipergiat dan diperluaskan terutamanya di sekolah luar Bandar. Penggunaan ICT dalam pdp akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah, Oleh itu usaha dipergiatkan lagi bagi menyediakan computer serta kaedah pdp berbantukan computer terutamanya di sekolah luar Bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran teras dan Teknik dan vokasional perlu lebih dipergiatkan. Manakala untuk mata pelajaran lain juga  perlu dibangunkan sejajar dengan mata pelajaran teras. Peranan ini sangat penting untuk menjadikan teknik pdp guru dapat dipelbagaikan berdasarkan sumber yang berbeza. Semua pihak yang terlibat haruslah mengwujudkan kerjasama agar guru tidak merasa terbeban dengan tugas-tugas sampingan yang lain. Pihak sekolah harus menangani masalah kewangan yang mungkin di hadapi dari semasa ke semasa. Oleh itu, soal impak kos sering kali menjadi persoalan bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan computer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah disekolah juga perlu mengambilkira factor perubahan yang berlaku dalam penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah juga perlu merangka kos belanjawan pendidikan terutamanya perbelanjaan yang melibatkan peralatan dan perkakasan ICT dari semasa ke semasa. Contohnya. Laptop bukanlah alat yang boleh tahan lama ia perlukan penyelanggaraan yang sempurna kerana jika ia digunakan terlalu lama maka risiko kerosakkan akan berlaku. Bukan itu sahaja, malahan computer adalah bahan sasaran penceroboh kerana nilainya yang terlalu mahal. Oleh itu, pihak sekolah  memerlukan pengawasan yang baik untuk memastikan keselamatan computer dari dicuri. Begitu juga halnya, pihak sekolah tidak membenarkan peralatan tersebut dibawa keluar tanpa kebenaran untuk memastikan ia selamat. Perekodan peminjaman perlu dibuat bagi memastikan perkakasan tersebut terjamin.

Guru-guru juga perlu menghabiskan sukatan pelajaran mengikut Rancangan Tahunan. Pengaplikasian ICT dalam pdp memang sangat baik untuk melatih murid mengakses maklumat dan bahan dari internet, tujuan ini bukan tidak disokong oleh guru akan tetapi guru tidak mempunyai masa. Sebagai contoh, masa yang digunakan untuk pdp pada masa itu hanyalah 30 minit sahaja, mana mungkin pelajar dapat mengakses maklumat dalam masa sesingkat itu terutama dalam aktiviti perbincangan kumpulan dan pembentangan. Kecuali proses ini boleh dilakukan jika guru dan pelajar banyak masa ataupun pelajar-pelajar yang pandai dan  tidak sesuai untuk pelajar yang lemah. Mereka memerlukan tunjuk ajar guru sebelum mengakses maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pdp mereka. Pengaplikasian computer ini mengamil masa untuk pengendaliannya kerana ia perlu dipasang terlebih dahulu dan perlu juga masa yang lama untuk memuat turun maklumat dari internet. Atas sebab inilah guru kurang berminat untuk menggunakan computer dalam pdp mereka. Pihak berkenaan perlu menangani cabaran yang dihadapi ini bagi memastikan pengintegrasian ICT dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkesan.

Sebenarnya pihak sekolah telah dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar yang masih tidak mampu menampung keperluan sekolah. Jika penggunaannya serentak maka timbullah masalah mengakses maklumat sedangkan penggunaannya adalah terhad. Masalah ini boleh menimbulkan gangguan pada  pdp guru berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa pdp berasaskan ICT adalah sangat menarik perhatian murid, dan mereka begitu teruja untuk mengakses maklumat dari internet namun, factor masa dan peralatan yang membatasi mereka. Terdapat murid yang mampu untuk membawa dan mengendalikan laptop dan broadbane sendiri, namun pihak sekolah tidak membenarkannya kerana factor keselamatan yang dibimbangi terhadap murid itu, takut kelak ibubapa akan mendakwa pihak sekolah terhadap kecuaian itu.  Cabaran ini seharusnya difikirkan secara mendalam tanpa ada bebanan kepada semua pihak terutamanya kepada guru dan pihak sekolah. Seandainya difikirkan bersama secara menyeluruh, impaknya akan membawa kesan yang terbaik terhadap perlaksanaannya.

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan kehendak kerajaan Malaysia demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Peranan institusi-institusi pendidikan dalam meningkatkan kadar celik computer terhadap pengetahuan dan kemahiran. Kerajaan Malaysia, KPM, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Teknologi Maklumat, JPN, PPD, Pentadbir sekolah dan tenaga guru serta sokongan PIBG dan ibubapa haruslah mengembling seluruh tenaga bagi memastikan  perlaksanaan ICT berada ditahap yang boleh diaplikasikan secara maksimum. Pihak kerajaan haruslah memikirkan langkah-langkah penambahbaikkan terhadap sekolah bestari di mana sekolah tersebut merupakan perintis terhadap perlaksanaan pdp ICT di sekolah. Seandainya ia sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia maka ia memerlukan sokongan dari pelbagai pihak. Sekiranya kajian mendapati ICT  kurang sesuai untuk dilaksanakan berdasarkan kurangnya kemahiran guru dan pelajar, maka perlulah terlebih dahulu untuk mencari usaha alternative demi untuk ke arah penguasaan ICT.

Prasarana yang lengkap, jika tidak dimanafaatkan akan menjadi satu masalah kos pembaziran yang perlu ditangani dengan baik dan berhemah. Contohnya, kerajaan perlu menyediakan makmal-makmal computer, guru-guru ICT dan menempatkannya ke sekolah-sekolah yang didapati kurang mahir dalam ICT. Langkah ini lebih mudah, cepat dan jimat kos kerana para guru diberikan latihan di sekolah sendiri tanpa perlu meninggalkan kelas dan latihan ini akan berterusan dan disusuli oleh pemantauan pihak sekolah. Secara keseluruhannya dalam tempoh latihan ini secara tidak langsung ia akan melibatkan latihan kepada pelajar-pelajar. Sekiranya sekolah tersebut telah bersedia untuk menerima perubahan itu, maka keperluan prasarana dan bahan sokongan perlu disediakan dan dihantar bagi memastikan perlaksanaan ICT di sekolah berkesan sepenuhnya.

Manakala sikap negative yang ada pada diri guru-guru perlu dikikis terlebih dahulu agar mereka dapat menerima perubahan kea rah dunia siber dan bukan sahaja mementingkan pencapaian dalam peperiksaan semata-mata dengan menafikan potensi pelajar dari segi aspek lain. Pihak KPM perlu memastikan dalam sesebuah sekolah itu memiliki pakar motivasi untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah agar menerima perubahan yang lebih baik. Di samping itu juga, pakar motivator pula mampu menangani masalah stress guru-guru akibat dari kekangan masa dan bebanan yang lain terutamanya masalah disiplin pelajar. Jika Kesatuan Guru-Guru ditubuhkan sekalipun, mereka hanyalah memperjuangkan hak guru-guru dari segi kenaikkan pangkat dan gaji, tanpa memikirkan isu-isu bebanan guru seprti kekangan masa dan bebanan kerja dan lain-lain. Dalam ertikata yang lain, perkara besar dapat diatasi tetapi masalah kecil sukar untuk ditangani. Sikap negative guru akan dapat di atasi sekiranya ada pihak yang dapat menyelami masalah dan bebanan guru-guru. Contohnya, guru diminta menjadi guru penyayang, akan tetapi guru itu sendiri tidak disayangi. Sangat sukar untuk menyelesaikan perkara tersebut kerana ia melibatkan soal yang remeh temeh namun ia menganggu perlaksanaan usaha murni tersebut. Begitu juga halnya dengan penggunaan ICT, jika guru tidak mahu menggunakannya bagaimana pula pelajar boleh memperolehi manafaatnya.

Pembentukkan Sukatan Pelajaran kepada Rancangan tahunan dengan bilangan minggu belajar telah ditetapkan di awal tahun sehinggalah akhir tahun akan menganggu perancangannya kerana program-program sekolah yang banyak dan ianya merupakan arahan yang perlu untuk dipatuhi. Jika ditambahtolak, waktu pdp  sangat terhad bagi guru menghabiskan  sukatan pelajaran dan ini menyebabkan guru-guru mengambil pendekatan chalk and talk sahaja sebagai jalan singkat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan segera. Para guru bukanlah tidak menyokong hasrat murni kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan terutamanya perlaksanaan penggunaan ICT di sekolah, akan tetapi kerana ingin memenuhi kehendak sukatan pelajaran maka bebanan ini memaksa guru-guru bersikap dingin terhadap perlaksanaan itu. Oleh itu, cadangan kepada PPK agar dapat menyemak dan menyusun kembali secara releven Sukatan Pelajaran berasaskan pengaplikasian ICT dalam pdp dalam tempoh setahun. Kajian perlu dilakukan dengan teliti terutamanya untuk subjek Sains dan Matematik. Kedua-dua subjek ini pastinya lebih menarik jika diimplentasikan ICT semasa pdp dilaksanakan di bilik darjah. Contohnya, perlaksanaan program TIMSS dan PISA untuk Matematik dan Sains sangat baik untuk diterokai tetapi guru dan pelajar-pelajar tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi kerana program ini memerlukan pelajar mengakses internet untuk mencari maklumat bagi membolehkan mereka mempelajari ilmu yang tidak terdapat dalam sukatan pelajaran. Sekiranya ada pengurangan terhadap sukatan maka ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai dunia pendidikan tanpa sempadan. Namun, jika sebaliknya ilmu itu akan tercapai mengikut apa yang telah ditetapkan.

Kemampuan pelajar di Bandar jauh berbeza dengan pelajar di luar Bandar. Ini kerana pelajar di Bandar jauh terdedah pada penggunaan computer dan mahir dalam penggunaannya. Manakala pelajar luar Bandar berlaku sebaliknya kerana mereka tidak memiliki kmudahan computer, malahan ia terlalu asing bagi mereka, apatah lagi rangkaian internet jauh dari jangkauan mereka. Oleh itu, kerajaan harus menyediakan computer di sekolah-sekolah luar Bandar dan memastikan satu rumah satu computer, begitu juga halnya dengan rangakaian internet di mana ia perlu sampai ke kawasan-kawasan yang jauh seperti kawasan pedalaman bagi memastikan mereka dapat mengaplikasikan penggunaan ICT di sekolah dan di rumah.

Penyelanggaraan perkakasan computer perlu dilakukan dengan baik oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Jika berlaku kerosakan akan ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah dan guru-guru mengatasi masalah kerosakkan computer. PKG juga perlu ada pakar bagi memantau dan menyelenggara dari semasa ke semasa.

ICT terbatas sekiranya capaiannya kurang laju dan jumlah penggunaannya terhad. Perlu membelanjakan kos yang agak besar untuk memastikan rangkaian jalur lebar yang disediakan di sekolah-sekolah bukan boleh digunakan di bilik atau di makmal ICT sahaja, malahan di mana-mana kawasan sekolah ianya dapat diakses dengan cepat dan mudah. Melalui sarana ibubapa juga, Pihak kementerian perlu memastikan pihak ibubapa mendapat kemudahan pinjaman untuk pembelian computer dan broadband bagi setiap anak dan membenarkan mereka membawa computer ke sekolah tanpa perlu membawa buku teks kerana boleh diakses melalui internet,secara tidak langsung impaknya adalah membawa banyak kebaikkan untuk menghapuskan buku teks dan meringankan bebanan pelajar membawa buku teks yang berat ke sekolah.
Bagi pihak ibubapa pula, sikap kerjasama perlu dipupuk bagi memastikan anak-anak mereka di rumah tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain. Sekolah juga harus memastikan pelajar-pelajar dapat menggunakkannya bagi tujuan pdp berbantukan computer. Semua pihak perlu akur dengan tujuan penggunaan computer dan pihak ibubapa tidak mendakwa mana-mana pihak jika berlaku kes kehilangan computer dan pihak sekolah tidak perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan itu tetapi berusaha menangani permasalahan itu supaya tidak terjadi.

Secara tidak langsung setiap langkah-langkah penambahbaikkan yang dibincangkan di atas telah mengambil factor pengurangan kos pengaplikasian ICT di sekolah-sekolah. Maka, terpulanglah kepada pihak-pihak yang tertentu untuk membincangkan secara serius mengenai isu ini agar kos dapat dikurangkan seminimum yang boleh melainkan dua perkara besar yang tidak boleh dikurangkan iaitu penyediaan prasarana seperti makmal computer dan rangkaian internet di sekolah-sekolah,

Sebagai kesimpulannya, secara positifnya, semua isu-isu, cabaran dan impaknya perlu ditangani oleh semua pihak tanpa membebankan satu pihak sahaja agar hasrat kerajaan Malaysia menandingi Negara-negara lain dalam system pendidikan tercapai dengan jayanya. Namun perlu diingat bahawa ICT merupakan alat bantu pdp sahaja, kedudukannya tidak akan dapat menandingi peranan guru keseluruhannya. Pendidikan pada masa kini adalah asas pada kecemerlangan di masa hadapan. Kecemerlangan yang dicapai merupakan momentum yang tinggi yang akan memberi impak yang besar terhadap Negara, bangsa dan agama.










Rujukan
1. Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing Age. Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special Needs, The National Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA
2. James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. Technology and Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and Important Problems, The Joint Committee of the Mathematical Association of America & The National Council of Teachers of Mathematics, USA
3. KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur.
4. National Council of Teachers of Mathematics (2001). Principles and Standards for School Mathematics. New York
5. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Technology In Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden
6. Lisa Leonor Grable & Carlos Curto (2001) Adapting to Technologies that Work, Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal, USA.








No comments:

Post a Comment